Wednesday, January 18, 2012

Unlock 6 core and overclock

Kali ini aku telah membuat projek unlock kedua amd phenom2 x4 960T selepas aku berjaya unlock ke quadcore menggunakan processor phenom2 x2 555.

Aku telah terangkan serba sedikit tentang processor phenom2 x4 960T ini sebelum ini..Pada projek ini aku akan menjadi processor itu kepada 6 core processor sama seperti phenom2 x6.

Proses unlock adalah sama sahaja seperti unlock quadcore sebelum ini amat mudah hanya perlu beberapa setting pada bios dan keputusannya amat baik.Aku telah unlock phenom2 x4 960T ke 6 core processor menjadi phenom2 x6 1600T berdasarkan screenshot cpuz ini.


Selepas berjaya unlock aku beberapa ujian kestabilan menggunakan prime95 untuk 1 jam dan keputusannya baik sekali dan unlock adalah stabil.Selepas itu aku mula membuat proses overclock pada processor ini.Overclock sangat mudah pada processor ini dengan hanya naikkan multiplier dan voltage tetapi kena berhati2 bermain dengan voltage jangan terover sudah nanti ada juga motherboard berasap pulak.

Overclock aku buat secara direct aku terus naikkan multiplier untuk mendapatkan kelajuan 4ghz dan kemudian menaikkan voltage sedikit demi sedikit dan sambil membuat ujian kestabilan utk 4ghz ini.Selepas membuat beberapa percubaan nampaknya processor ini tidak begitu stabil pada 4ghz.Ada kemungkinan faktor suhu yang tinggi mengganggu kestabilan.

Aku mencuba pula tahap kelajuan 3.9ghz dan meletakkan voltage 1.5v.Selepas membuat ujian kestabilan untuk lebih 1 jam nampaknya ia menunjukkan kestabilannya tidak ada apa2 masalah bsod atau restart.
Aku cuba juga menaikkan sedikit HT link dari 2000mhz ke 2200mhz juga keputusan amat stabil.
6 core memang memerlukan voltage yang tinggi untuk stabil kerana core yang banyak jadi memerlukan kuasa yang lebih untuk beroperasi dan juga mengeluarkan suhu yang tinggi
Ini screenshot proses unlock dan overclock yang telah berjaya dan stabil.Memandangkan core dah banyak dan voltage yang tinggi dan kelajuan yang tinggi suhu juga menaik tinggi.Aku menggunakan heatsink jenis coolermaster hyper tx3 pada processor ini.

Suhu yang direkodkan semasa keadaan 100% load pada setting di screenshot diatas adalah 67'c.Aku sudah jangka suhu akan mencapai tahap ini bagi aku selagi tidak cecah 80'c masih dalam keadaan selamat.

Core yang banyak power consumption pun tinggi ditambah pula dengan overclock lagi menaik tinggi.Semasa ujian di screenshot diatas aku merekodkan penggunaan tenaga untuk pc aku sahaja adalah sebanyak 255w dari soket.Semasa dalam keadaan idle aku merekodkan penggunaan tenaga sebanyak 110w.Memang sudah dijangka perkara ini nak tak nak layan sahaja nak laju bayar lebih.Ini juga dibantu dengan power supply aku gunakan yang mempunyai effisen yang tinggi sehingga 90% berbaloi juga aku beli dalam jangka masa panjang dapat jimat sedikit.Jika tidak aku kene bayar lebih lagi kepada TNB.

Sekian......