Tuesday, December 17, 2013

Update: Panduan Pemilihan Grafik Kad

Hasil daripada permintaan pembaca blog ini sekarang saya akan membuat sedikit panduan dan tips bagaimana untuk memilih grafik kad yang sesuai.
Saya akan terang secara ringkas, tepat dan mudah difahami.

Sebelum kita memilih sebuah grafik kad kita perlu mengetahui komputer anda samaada menggunakan slot grafik kad jenis pci express x16 atau agp 8x dengan cara melihat pada motherboard komputer.

Cara mengetahui bentuk slot:
Slot berwarna coklat adalah agp 8x lebih pendek
Slot berwarna hitam adalah pci express x16 lebih panjang.
Slot berwarna putih itu adalah pci bukan untuk grafik kad masa sekarang tetapi dahulu ada pci grafik kad.





Agp pada masa sekarang tidak digunakan lagi dan boleh dikatakan telah tamat hayatnya.Ianya hanya ada pada komputer lama.Komputer atau motherboard baru sekarang telah menggunakan slot pci express x16.Sekiranya komputer anda menggunakan agp saya syorkan anda melupakan hasrat untuk tukar grafik kad kerana bagi saya tidak berbaloi lagi untuk digunakan dan saya sangat mengesyorkan anda membeli komputer atau motherboard baru yang menggunakan slot pcie.
Saya akan memberi tips dan panduan untuk grafik kad jenis pci express sahaja memandangkan pasaran sekarang adalah grafik kad jenis pcie.

Saya akan terang secara point untuk mudah difahami dan ringkas.

->Melihat pada model grafik kad itu AMD HD 7850 atau NVIDIA GTX670 semakin tinggi no model maka semakin laju prestasi grafik kad itu.

->Bagi grafik kad AMD ada dua model berada di pasaran sekarang bermula dari HD7000 series dan R7/9 200 series.Bagi grafik kad NVIDIA pula ada bermula daro 600series dan 700 series.

->Bagaimana untuk membeza model grafik kad AMD dan NVIDIA dari segi prestasi anda boleh melihat pada harga grafik kad itu jika rendah dari pesaing maka yang berharga tinggi itu lebih baik.Selain itu,boleh membuat dan melihat perbandingan dengan cara membaca dan melihat review di internet.Cara ini lebih tepat untuk mendapatkan info.

->Berkenaan kapasiti grafik kad memori sekarang minimun bermula dari 1GB sehingga 4GB.Kapasiti memori sebenarnya tidak memberi banyak peningkatan prestasi sebuah grafik itu.Bagi saya 1GB sudah memadai untuk kegunaan aplikasi masa kini.Kapasiti memori yang tinggi hanya memberi kelebihan jika menggunakan resolusi yang tinggi seperti 1920x1080 atau lebih maka 2GB atau lebih diperlukan.

->Ada juga grafik kad murah atau low-end yang menggunakan kapasiti memori lebih dari 1GB saya nasihat jangan terpengaruh kerana ia tidak memberi apa2 kelebihan prestasi langsung pada grafik kad lagi pun grafik kad low-end mempunyai kuasa yang rendah.Seperti yang saya kata sebelum ini 1GB lebih dari cukup.

->Jenis memori ada 2 jenis yang digunakan pada grafik kad sekarang antaranya GDDR3 dan GDDR5.GDDR adalah merujuk kepada memori khas untuk grafik kad.GDDR5 adalah memori paling laju yang digunakan pada grafik kad.Lagi tinggi jenis memori maka lagi laju sebuah grafik kad itu.

->Jangan salah paham memori komputer dan memori grafik kad tidak berhubung antara satu sama lain.Jadi hendak guna apa2 jenis grafik kad pun boleh janji pcie.

->Berkenaan dengan Bit adalah bandwidth memori gddr itu.Semakin tinggi Bit memori maka semakin laju dan besar bandwidth memori grafik kad itu.Bit diketegori dalam beberapa jenis yang digunakan pada grafik kad sekarang 64Bit, 128Bit, 256Bit, 384Bit dan 512Bit.

->Grafik kad masa kini telah mempunyai technology grafik DX11 tetapi windows dan aplikasi perlulah menyokong DX11 juga untuk menikmati grafik Dx11 ini.Sokongan pada DX9 dan DX10 juga ada pada grafik kad DX11.DX adalah directx teknologi terbaru daripada microsoft untuk sokongan grafik yang lebih cantik dan nampak hidup.

->Grafik kad juga ada jenis2 yang telah di overclock dari pengeluar dan cooler versi khas yang dibina untuk sebuah grafik kad itu.Kebiasaannya grafik khas ini lebih mahal dan juga lebih laju sedikit berbanding grafik kad yang sama model kerana ia telah dioverclock dan mempunyai cooler dibina khas yang memboleh grafik kad beroperasi lebih sejuk.

->Teknologi grafik kad seperti SLI dan CrossFire memboleh kita menyambung 2 atau lebih grafik kad pada satu masa.Teknologi SLI adalah daripada NVIDIA manakala CrossFire adalah daripada AMD/ATI.SLI dan CrossFire tidak boleh digabung ianya berlainan teknologi dan tidak menyokong sama lain.Bagi menggunakan teknologi ini anda perlu mempunyai motherboard yang menyokong SLI dan CrossFire.Motherboard terbaru sekarang telah membolehkan kita menggunakan antara satu teknologi SLi atau CrossFire dalam satu masa pada sebuah motherboard itu.Tidak seperti dahulu sebuah motherboard hanya untuk salah satu teknologi ini.Bagi menggunakan SLI dan Crossfire ini kita perlu menyambung grafik kad yang sama model sahaja.Menyambung antara grafik kad itu memerlukan sambungan bridge.

->Grafik kad juga ada yang mempunyai 2 grafik gpu dalam satu grafik kad itu.Gpu adalah grafik processing unit.Kebiasaan grafik kad jenis ini adalah yang paling termahal dan high-end dan memerlukan kuasa yang tinggi untuk beroperasi.Selain itu jenis grafik kad ini mempunyai prestasi yang tinggi sehingga 2x ganda berbanding grafik kad tunggal.

->Jenama grafik kad tidak terlalu kritikal dalam memilih sebuah grafik kad kerana setiap jenama mengeluar model grafik kad yang sama.Adakalanya sesetengah jenama grafik kad khas daripada mereka seperti cooler  dan komponen lebih baik.Pemilihan jenama terpulang kepada diri sendiri nak pilih yang murah atau yang mahal.

->Sebelum membeli sesebuah grafik kad pastikan power supply komputer anda cukup kuasa berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan untuk grafik kad itu.

->Perkara yang paling penting sekali adalah sediakan bajet yang mencukupi sebelum membeli sesebuah grafik kad ia diperlukan kerana dengan adanya bajet kita boleh memilihkan sebuah grafik kad itu berdasarkan bajet dengan mudah.

Harap dengan tips dan panduan dari saya ini anda boleh faham dan sudah boleh memilih sebuah grafik kad dengan mudah.
Jika ada sebarang tips lagi saya akan kemas kini semula disini.

Jika masih tak faham boleh bertanya dengan saya.Saya sangat suka orang bertanya kerana dari situ saya belajar dan mendapat idea untuk isi bahan baru.