Aku ada membuat perancangan untuk mencuba satu lagi projek unlock kedua iaitu dari 4 core ke 6core sebelum motherboard MSI aku tu mati.
Aku telah membeli sebuah model processor AMD phenom2 x4 960T black edition berharga RM400.Processor ini adalah antara model quadcore tetapi berbeza sedikit dengan processor amd quadcore yang lain kerana 960T ini satunya2 quadcore amd yang ada ciri turbo core sama seperti processor AMD model six core yang lain.
Processor ini memiliki ciri2 yang sama dengan model phenom2 x6 yang tetapi telah ditutup 2 core untuk dijadikan 4 core.Jadi dengan itu processor ini mempunyai harapan untuk diunlock menjadi 6 core.Aku telah membaca review dan keputusannya sangat memberansangkan yang processor ini boleh diunlock menjadi 6 core dari 4 core.
Juga processor ini adalah jenis Black Edition.Black Edition adalah processor mempunyai multiplier yang telah unlock untuk membolehkan pengguna mengubah ikut citarasa.Multiplier membolehkan kita mengubah kelajuan processor berdasarkan bus speed.Maka ia memudahkan untuk proses overclock lebih selamat dan stabil.Kita boleh mengubah dengan menaikkan multiplier secara rawak contoh 20x dan bus speed 200mhz untuk mendapatkan kelajuan ini 4000mhz.
Memperkenalkan 960T BE in da house.
Gambaran sebenar processor yang mempunyai ciri yang hebat tersorok dengan rapi yang kita perlu teroka.
Cerita tentang processor ini AMD baru sahaja memperkenalkan processor ini kepada pasaran retail.Sebelum ini ia hanya dikeluarkan untuk pasaran OEM iaitu pengeluar komputer berjenama.
Sebelum ini aku telah menggunakan phenom2 x2 555 dan telah berjaya unlock menjadi quadcore.Pada kali ini pula aku ingin mencuba unlock phenom2 x4 960T ini menjadi 6 core.
Aku telah dan sempat mencuba processor ini pada motherboard MSI DKA790gx platinum dan keputusannya amat baik sekali aku boleh unlock menjadi 6 core.Juga aku telah mencuba overclock tetapi semasa aku sedang dalam proses ujian kestabilan motherboard MSI itu telah menamatkan perkhidmatanya tanpa diduga.Maka aku memerlukan sebuah motherboard baru untuk pastikan pc aku hidup.
Ciri-ciri processor ini adalah:
Phenom2 x4 960T
3.0ghz,3.4ghz turbo core
quad core
6MB L3 cache
512KB L2 cache per core
8MB Total cache
AM3 socket
2000HTT
45nm technology
zosma core
ddr2/ddr3
multiplier unlock
Ciri-ciri tersembunyi:
quadcore dengan 2 core ditutup
ada harapan untuk menjadi 6 core
9MB total cache selepas unlock 6 core
thuban core sama dengan phenom2 x6

