Wednesday, January 18, 2012

Naik taraf motherboard Gigabyte GA-880GMA-USB3

Memandangkan motherboard MSI telah tamat perkhidmatan aku memerlukan motherboard baru untuk menggantikannya dan juga untuk meneruskan projek unlock aku ini.
Pemilihan motherboard memerlukan banyak kajian untuk memastikan kita pilih yang terbaik.
Selepas memeningkan kepala membuat kajian setiap motherboard yang dalam bajet aku akhirnya aku memilih motherboard dari Gigabyte GA-880GMA-USB3 berharga RM 310.

Gigabyte GA-880GMA-USB3..Macam2 ciri terbaik dalam motherboard ini.


Aksesori yang diberi pun hanya ringkas sahaja 2 sata cable dan back panel maklumlah motherboard mid range sahaja.

Layout motherboard adalah jenis matx(mid atx)..Simple design sahaja tetapi penuh dengan ciri2 yang menarik dan terbaru.

Motherboard ini diberi jaminan 3 tahun dari gigabyte.

Ciri terbaru yang ada pada motherboard ini adalah USB 3.0 ditandakan warna biru untuk membezakan dengan usb2.0.

Socket processor pada motherboard ini adalah yang terbaru iaitu socket AM3+ dibezakan dengan warna hitam.

Aku akan terangkan sedikit tentang ciri2 motherboard ini..Ini kali pertama aku menggunakan motherboard dari jenama gigabyte dan sekarang waktu yang tepat untuk mencuba jenama ini yang aku telah ikut perkembangannya sejak berapa lama.

Lagi pun ini adalah motherboard terbaik dan termurah aku boleh dapat selepas aku mengkaji dengan mendalam dan mempunyai ciri2 yang hebat sama seperti motherboard highend.

Adanya motherboard ini yang menggunakan slot ram ddr3 aku boleh menggunakan ram mushkin ddr3 yang telah awal2 lagi aku beli.Akhiranya berguna juga ram tu kalau tidak tersadai je la ada hikmahnya juga.

Motherboard ini menggunakan soket am3+.Ini adalah soket terbaru dari amd yang mana ia digunakan untuk processor terbaru amd iaitu AMD FX dan motherboard ini boleh menyokong AMD FX.Berbeza dengan soket2 yang lain ia dibezakan dengan warna hitam untuk menunjukkan ianya soket terbaru am3+.Walaubagaimanapun soket am3+ ini masih boleh menyokong processor yang menggunakan am3 tetapi tidak boleh menyokong processor am2/am2+.

Ciri terkini yang menarik perhatian aku yang pada motherboard ini adalah USB 3.0 dan SATA 3.0.Kelebihan kedua2 port ini adalah kelajuan yang lebih laju kerana bandwidth lebih tinggi berbanding versi sebelumnya.USB 3.0 menawarkan kelajuan bandwidth selaju 5 Gbit/s manakala SATA 3.0 menawarkan kelajuan bandwidth selaju 6 Gbit/s.Bagi menikmati kelajuan ini perkakasan perlulah juga menyokong dan menggunakan versi teknologi itu.Walaupunbagaimanapun ia masih boleh menyokong perkakasan yang menggunakan versi yang lama cuma tidak boleh mendapat kelajuan yang ada la.

Chipset northbridge dari AMD model 880g dan southbridge AMD model SB850 digunakan pada motherboard ini.Chipset 880g adalah lebih kurang sama seperti 790gx yang ada MSI yang aku gunakan sebelum ini ianya cuma di naik taraf pada spesifikasi supaya menyokong teknologi baru dan lebih prestasi dari segi on board grafik jenis HD4250.Ada onboard grafik boleh digunakan sebagai backup jika grafik kad rosak.

Ciri2 yang lain dan terkini yang ada pada motherboard ini boleh lihat di laman web ini->http://www.gigabyte.com/products/product-page.aspx?pid=3817#

Pc aku telah sediakan dengan komponen processor dan motherboard baru.Cuci2 habuk sikit dan sedia untuk bekerja..Pasal cable management tu aku dah cuba nak kurang keserabutan wayar2 tu tapi macam payah je.Ini je la hasil terbaik dari aku buat.


Perkara yang penting sekali adalah motherboard ini boleh menyokong unlock core.Adanya motherboard ini aku boleh meneruskan projek core unlock 6 core aku tu.Amd phenom2 x4 960T boleh disokong oleh motherboard ini dan aku telah unlock core processor ini menjadi 6 core dengan jayanya.


Nampaknya aku terpaksa batalkan rancangan untuk tukar ke intel jambatan ivy untuk masa yang panjang.Takpe la ada rezeki nanti boleh pertimbangkan balik.