Streamyx upgrade deal.

Wow tadi aku saje2 masuk website streamyx nak tengok kot2 ada benda baru.Sekali ada la promosi baru.
Tm buat promosi untuk pelanggan yang sedia ada macam aku la..promo nih untuk pelanggan yang sudah menggunakan lebih dari setahun..aku layak nih.
Promosi ini adalah streamyx upgrade deal..super upgrade deals..upgrade speed skang ke yaang lebih laju dengan harga yang berpatutan..Pelanggan yang ingin upgrade tidak perlu bayar kos upgrade selama 4 bulan..tetapi selepas bulan ke 5 perlu bayar serendah rm5 dari pakej yang sebelum itu.
Pada masa yang sama pelanggan kene ikat dengan kontrak 2 tahun selepas upgrade.
promosi nih sah sehingga 31 disember...kene cepat2 nih nanti terlepas.

Aku ingin upgrade ke 4mbps dari 1mbps sekarang nih..jika nak upgrade ke 4mbps kos kene bayar terus pada bulan pertama tidak ada percuma 4 bulan..dari 1mbps ke 4 mbps aku kene byr rm130 sebulan..murah la nih.
Bagus juga streamyx buat promo nih..bagi pelanggan setia diorang tak potong..aku ingat nak potong ke amax wimax tengok ada promo nih terus tak jadi..stay je la dengan streamyx.

Jalan-jalan dan hot wheel.

Hari khamis lepas kat rumah tak buat apa pastu tu pulak sepupu datang diorang ajak jalan2.
Jalan2 nak gi mana tak tau la..ikut rancangan aku nak gi the mall ada sebab tersendiri..nak ambik helikopter control aku baru lepas repair..yang kecik kipas patah yang besar motor ekor rosak.
Jadi diorang ikut je la gi the mall jalan2 situ.pergi situ dah tengah hari alang2 lunch dulu sekali..pergi kfc.
Pastu gi ambik helikopter..nasib malang takde sparepart plak kipas heli kecik.Ekor motor heli besar ada.Jadi main yang besar je la nampaknya.
Lepas tu gi masuk pakson jap tengok mainan2 best.hehe dah tua pun nak cari mainan..sebgi hobby je.
Jadi tengok2 la kat kereta hot wheel..banyak jugak yang menarik..aku pun memang pengumpul kete2 kecik hot wheel.
Belek2 cari yang unik2 skit terjumpa dua kereta yang agak menarik dan boleh ditambah koleksi.
Jadi sambar kereta hot wheel tu..Dua kereta aku beli.
Lepas dah beli hot wheel gi pusing2 the mall tengok benda2 menarik kat situ..pastu rancang nak gi time square tapi tak jadi plak..jalan jem la..dah nak sampai ts tak jadi la rasa malas plak takde mood.balik terus rumah.
jom tengok 2 hot wheel yang aku beli.

gamepad logitech dual action...dead.

Satu kejadian telah berlaku di atas tangan ku..semasa ku sedang melayan game dirt2 demo.
Semasa ku bermain dirt2 telah berlaku kejadian yang pelik..kenapakah kereta ini tidak berjalan tiba-tiba.
apa yang aku tulis nih da..ok ayat normal balik.
Alamak gamepad aku rosak la..masa aku tengah main dirt2 tiba2 rasa cam kereta kejap jalan kejap slow.
Pastu aku dengar ada bunyi tit tot,tot tit beberapa kali..bunyi device plug in out..cam kejap detect kejap tak.
aku exit game cek tengok kat game controller tuk cek gamepad aku nih problem ke..tengok tak detect pun gamepad aku..pastu usik2 skit gamepad detect balik pastu hilang balik.sah la gamepad masalah.
Aku teringat prob sama macam beberapa bulan aku beli dulu..memang gamepad nih pernah ada masalah.senang je la hantar warranty time tu.warranty 1thun.skang warranty dah habis nak buat camna..tak leh buat apa2 la.
Jadi aku cek2 dari mana datang prob nih.try cucuk usb lain2 same gak prob..pastu try usik2 cable yang terus masuk kat gamepad..rupanya dari situ yang datang prob..macam wayar kat dalam tu longgar sebab tu nak tak nak detect.
Jadi aku try bukak gamepad nih nak repair sendiri..pikir nak potong wayar cable usb nak sambung balik dan pateri balik..masa nak pateri tu prob lain plak..pcb punya contact dah koyak..jadi camna nak pateri..aku hiris
apa nama entah yang hijau kat pcb tu tuk dapatkan line logam halus tu tuk pateri kat situ..dah buat tak detect pulak usb not reconize..buat macam2 pun tak boleh gak..last dah fedup..apa lagi ke tong sampah la.jadi tamat la riwayat gamepad yang telah berjasa dan telah buat aku gembira.

gamepad nih memang best..gamepad yang sedap diguna..murah dan berkualiti..butang2,analog control mmg smooth dan lembut.
nasib aku tak baik tahan 1tahun lebih je.
jadi start buat research tuk gamepad baru..hehe.

Colin mcrae DIRT 2 official demo.

Official DIRT2 demo dah keluar malam tadi..

http://www.bigdownload.com/games/dirt-2/pc/dirt-2-demo/

aku suka download dari web nih laju skit full speed..ada byk link2 lain google je la.

link2 sebelum nih aku post itu bocor punya..download pun slow...yang nih official server laju punya..apa lagi download la.

overclock and unlock cpu phenom 2 x2 550

Dah ada mobo best oc mesti best..memang best pun.
Pasang jek mobo terus oc..Mula2 tu buat pelan2 dulu naikkan sikit2.
Tapi malas la nak test satu2 last2 naikkan terus berapa yang rasa boleh mampu kat processor boleh naik.
Berpandukan setting sebelum nih kat mobo lama aku cuba naikkkan skit yang mana setting kat mobo lama tak stabil..aku try kat mobo baru nih.
Keputusan sangat memberansangkan..Kat mobo lama tak boleh kat mobo baru boleh la pulak stabil jek.
Jadi untuk mempastikan stabil pada jangka masa lama kene stress lama skit..dalam 1jam aku test stabil saja.
Untuk processor phenom2 x2 550 nih aku oc naikkan multiplier saje dan voltage.biasa aku oc proc nih naikkan speed dulu pastu stress kalo tak stabil naikkan voltage dan ulang2 beberapa kali tuk dapatkan limit sampai mana boleh pergi..sambil2 oc and stress kene cek temp sekali pastikan dalam keadaan
Jadi tuk processor nih aku nak cuba oc ke 4.0ghz tetapi rasanya susah nak dapat..macam2 setting aku letak juga tak boleh dapat..voltage pun dah agak tinggi..takut aku..jadi cuba rendah skit2 sampai mana max leh pergi.
Jadi mari tengok result final oc aku dah buat kat processor ni.



Beli lagi...DKA 790gx platinum motherboard

Selepas dua motherboard telah mati didepan mataku aku terpaksa membuat keputusan membeli lagi motherboard yang baru..Ini kerana pc kene juga hidup kalo tak memang tak senang duduk takde pc..Laptop mana cukup nak main game pasal ni la aku terpaksa juga beli mobo baru lagi tuk hidupkan pc.
Jadi 2 mobo yang mati kerana aku sedang dalam bercuti..sebulan lagi balik la kot..huhuhu.
Jadi aku beli mobo baru nih sebagai ganti dan 2 mobo yang akan balik bercuti itu akan aku jual semula..jadi siapa nak bagi tau aku.
Motherboard nih kira agak high class gak la..banyak review bagi award kat mobo nih..juga mobo nih agak popular dikalangan overclocker dan gamer kerana ciri2 dan performance yang menakjubkan pada mobo nih.
Aku memang nak sangat mobo yang ada ciri2 highend sebab aku nak oc dan juga game..Juga mobo jarang2 tukar alang2 terus ambik yang kaw2 punya mobo kecuali ada suatu yang terjadi seperti masalah aku tu.

dirt2 demo

demo dirt2 dah ada...download now!!!

http://fs4.www.ex.ua/get/663080/DiRT2%20Demo.7z

Mirror
http://fs3.www.ex.ua/load/663080/DiRT2%20Demo.7z